Pages

Sunday, July 12, 2009

LELAKI .


L : LAGAK

  • Lelaki adalah kaum yang dilahirkan dengan LAGAK dan penuh gaya. Mudahnya, lelaki suka menonjolkan dirinya di khalayak sebagai seorang yang hebat dan istimewa berbanding kaum hawa yang selalunya lebih low-profile. If you all tak percaya, cuba you all cuba lihat kekawan lelaki sekeliling you all. Lelaki sejati sememangnya eksen!

E : EGO

  • Lelaki merupakan kaum yang EGO. Dah puas ngan lagak, kita criter bab yang memang tak silap lagi milik lelaki. Keegoan yang tinggi hadir dalam jiwa lelaki kerana sifat semula jadi lelaki yang ingin dilihat sebagai hebat dan berbeza. Jangan marah kalau si lelaki ego kerana itulah lelaki beb!

L : LEMAH

  • Lelaki nampak macam hebat tetapi LEMAH pada kaum Hawa. Ini dah memang jadi fakta dalam diari kehidupan. Fasal itulah selalunya insan yang berpasangan memang risau bila si lelaki mula rambang mata dengan si jelita di sekeliling yang ada. Kaum Hawa bukan setakat mampu memporakperandakan dunia lelaki, tetapi lelaki pun boleh diperhambakan kaum Hawa jika keadaan memaksa. You all pikirlah sendiri...

A : AZAM


  • Lelaki adalah kaum yang penuh AZAM dalam kehidupan. Tak kisah daripada segi apa tapi lelaki memang penuh dengan keazaman. Tiap awal tahun diari tahunan dah penuh dengan impian. Boleh dikatakan semua lelaki punya impian inginkan pasangan yang tercantik dan terhebat di mata ramai. Sifat ini wujud kerana lelaki itu punya LAGAK dan EGO yang tinggi. Tak mainla dapat awek yang kureng dari yang lain...ini ayat biasa pada lelaki...!

K : KASAR

  • Lelaki secara asasnya adalah seorang yang KASAR. Memang betul pun. Kalau dah namanyer lelaki dah pasti lebih kasar daripada pompuan. Pasal tu bila ada kaum Hawa yang lebih kasar ramai lelaki rasa geli geleman beb. Kot namanyer pompuan kenalah sifatnya lemah lembut dan feminin beb. Apa klas dapat awek yang kaki pukul dan berotot kental!!! Ngeri!

I : ILTIZAM

  • Lelaki adalah kaum yang punya ILTIZAM dalam kehidupan. Maksudnya lelaki punya tekad yang hebat dalam mencapai impian. Ini sedikit berbeza daripada AZAM kerana ILTIZAM disertai dengan tindakan dengan tekad yang tinggi. Ramai lelaki mencorakkan kehidupan dengan ILTIZAM yang terhebat agar pencapaiannya berbaloi untuk dibanggakan bagi memenuhi LAGAK dan EGO diri. Tak percaya, lihat keliling dan nilaikan.

0 comments: