Pages

Wednesday, September 30, 2009

Lee Min Ho .

Lee Min Ho .


lee min ho Pictures, Images and Photos
  • Bermata bulat, hidung mancung dan pemalu, itulah Lee Min Ho. Sejak kecil Min Ho sudah menunjukkan minatnya dalam bidang seni. Min Ho belajar mengenal huruf ketika masih kecil hanya dengan melihat papan iklan. Kerana wajahnya yang comel, dia pernah hilang ketika bermain. Mujur dia memakai gelang tangan yang tertulis namanya dan dia telah dihantar pulang.

  • Sewaktu di sekolah Min Ho juga antara pelajar yang sangat aktif dalam bidang sukan. Sukan kegemarannya adalah bola sepak. Selama empat tahun dia berlatih untuk terpilih mewakili sekolahnya, namun nasib tidak menyebelahinya. Kemudian dia aktif pula dengan sukan taekwando dan acara lari pecut. Wow! Dahsyat juga Min Ho nie, kan.

  • Setelah memasuki alam remaja, Min Ho menyedari bakatnya dan mula mencari agensi untuk memasuki bidang seni. Daripada bidang sukan, kini beralih kepada bidang seni pula. Min Ho mula berlakon pada tahun 2005. Walaupun hanya watak kecil, itulah yang telah menaikkan namanya iaitu menerusi drama Love Hymm.

  • Dua tahun selepas itu, barulah dia diberikan watak utama iaitu di dalam drama Mackerel Run. Ada yang mengatakan wajahnya mirip Jerry Yan. Sewaktu dia ke Taiwan, ada fans yang membandingkan wajah mereka berdua. Min Ho juga berharap dapat bertemu dengan Jerry Yan suatu hari nanti.

http://www.karangkraf.com.my/Yezz



Kitakan Hebat ™ Official Blogspot .
Copyright Not Allowed . All Rights Reserved ©

0 comments: