Pages

Thursday, February 18, 2010

AKU TERLALU PERLUKAN DUIT.




Erk ? Bunyi macam duit tabung kahwin aku tak cukup lagi aje kan .

T___________T

Cuba cakap , siapa yang tak pernah ada masalah tentang duit ? Wei , orang yang ada pangkat datuk datin tan sri puan sri tu semua penipu besarlah kalau dia cakap dia tak pernah ada problem pasal duit . Tak percaya ? Kau try mintak sejuta kat dia , hah kita tengok dahi dia berkerut ke tidak . Jangan kata berkerut , habis bulu ketiak dia gugur bila dengar kau mintak sejuta .



Duit simpanan aku berapa lah sangat kan . Budak sekolah lah katakan . Dalam masa dua bulan sekolah ni , duit yang aku kumpul dalam RM 80 . Kau ingat banyak ke RM 80 tu ? Nak beli kasut Converse , Everlast pun tak lepas tahu . Setakat nak beli brand Bata , All America apa barang ?



Aku tak tahu kenapa dengan aku sekarang . Mata sumpah rambang gila . Tak padan dengan rabun budak ni . Semua benda dia nak beli . Tak sampai lima minit aku masuk kedai , masuk masuk je kau terus boleh nampak aku kat counter pembayaran . Nampak tu ? Express kan aku !



" Aku join nuffnang bulan 10 tahun lepas . 
Dalam masa 4 bulan , inilah hasilnya . Berbaloikah ? "


Nak harapkan nuffnang , nuffnang pun tak boleh pakai sangat . Apa tidaknya , asyik tidur je memanjang . Apa kau tak letih ke 24 jam tidur tak bangun bangun . Aku yang tengok kau tidur hari hari pun reti letih tahu ?



Aku ingat nak join jutawanklik.com laa . Tapi wang pendaftaran dia mahal laa . RM 100 ! Mana aku nak korek duit tu wei . Nanti lah aku try tanya bapak aku . Mintak mintak dapat sponser dari bapak aku . Aminn . Dulu aku pernah nak join myspacemoney.my . Tapi aku tak ada account maybank . Masalah masalah .



Aku bukan jenis yang suka minta parents aku duit . Sumpah , tak tipu . Kalau aku mintak pun , itu pasal cikgu nak duit untuk sekolah dan pasal beli buku untuk study . Yang selebihnya , aku lebih suka guna duit sendiri yang aku kumpul . Terus terang , aku bukanlah dari keluarga yang kaya raya . Ayah aku kerja seorang diri , mak aku pulak suri rumah sepenuh masa . Naseb baek , adek beradik aku hanya 2 orang . Tak lah ayah aku terbeban sangat nak tanggung kami dua beradik .



Alhamdulillah , sejak kebelakangan ini rezeki keluarga kami bertambah . Ayah aku ada buat bisness kesihatan , alhamdulillah sekarang dah nampak hasilnya . Walaupun taraf keluarga aku dah bertambah baik , tapi aku lebih suka ikthiarkan nak cari duit sendiri . Tapi masalahnya umur aku baru nak masuk 15 tahun dan halangan nak cari duit sendiri tu teramat banyak dengan umur yang macam ni . Budak sekolah pulak tu . Ergh . Kenapa lah aku baru 15 tahun ?



Nota busuk : Aku takut pulak nak join jutawanklik.com . Kot kot kena tipu nanti . Habis RM 100 melayang terbang . Tak pasal pasal , sia sia je hidup aku . Apa pendapat kau ? Patut atau tidak aku join ?

4 comments:

✖Mizz Yasmin✖ said...

Whoa!
Baru 15 dah banyak pikir pasal duit!
Gila la..
He3!

Cik Puan Drunbella said...

join kutu wang pos.
hihihi.
setiap 2 bulan dpt income.
depends on how much kita join.
tudia mcm promote pulak.
>___<

DYLAA said...

yasmin ;

well ,
u know mee .
haha

DYLAA said...

haha ,
sis join tu ke ?