Pages

Friday, May 6, 2011

Kasut tinggi cikgu sejarah.

Sejak hari Selasa minggu ni aku ghase la aku start exam, eh betullah kan sebab Isnin cuti. Eh takisahlah, tapi entri ni khas untuk cikgu sejarah aku yang mana aku terlalu sukaa sangat =.='' * nada mengeram.

Ni nak cerita pasal dia tetiba aku terbayang saat di mengajar sejarah di kelas aku, 4 al-rushd. Kebiasaannya masa sejarah sebelum rehat dimana aku akan tersangat lapar. Dan dalam seminggu tu cuma 2 kali je dia masuk, waktu yang aku cakap tadi dengan masa akhir dimana aku akan terbayang terlentang di atas katil dan menikmati kenikmatan tidur lepass penat pergi sekolah!

Actually, cikgu sejarah aku ni India, dia ni perempuan yang kira cantik gila sebab dia ni cikgu yang pandai berfesyen kalau nak dicomparekan dengan cikgu india lain. Kalau kau nak tahu dia ni jenis cikgu india yang jenis cantik macam model dan yang paling penting dia cakap serupa macam Altimet rap. Hah memang gila seghupaa sama macam Altimet rap dan macam tulah cara dia mengajar kitorang sejarah. Gila tak gila kann, bayangkan.


'' hai saya altimet, mahu belajar rap? 
belajarlah dengan cikgu sejarah cik fadie ''

Kalau cara dia bercakap masa mengajar seghupa macam rap, cara dia mengajar jangan cakaplah, haramm aku nak tumpukan perhatian. Tahu apa yang jadi pada buku modul sejarah Tingkatan 4 aku?! Semuanya penuh dengan lukisan doodle! Yee I LOIKE. Bukan nak mengata apa lagi nak memburukkan cikgu sejarah aku tapi cara dia mengajar tak menarik minat aku.

Sumpahh aku cintakan sejarah masa form 3 dulu 
tapi sekarang sejarah umpama musuh yang 
aku akan bunuh dengan kejam !


Tu baru mukadimah ye, ya famous cikgu sejarah aku masuk blog =.='' Aku pun famous nanti sebab dia tahu aku tak suka belajar dengan dia >.< Okey tolonglahhh mulaa fadie oii cerita pasal kasut tinggi cikgu sejarah, Hah yelahh hamba nak cerita laa ni , apee kamu ni tak sabo bebeno. Tadi ada exam agama kertas 2, tak silap aku 1 jam 30 minit, then waktu tu dia masuk untuk kelas moral, tiba tibaa kedengaran bunyi kasut tinggi yang sangat kuat berbunyi seperti ini ketaappp, ketappp, dan ketappppp !

Pehh aku dah la tengah periksa , classmate aku pun tengah periksa, dah lah masing masing tangan tengah lenguh dia buat selamba atuk laki jiran mak dia je jalan pusing pusing macam kanak kanak sambil kasut tinggi dia berbunyi macam mintak penampar dari kami 1 kelas ! Then faizal sound dia CIKGU! KASUT CIKGU TU BISINGLAH ! Tahu apa reaksi dia? Tak ada apa apa reaksi. Bagus kan? Bagus punya cikgu. =.=''

Then bila cikgu bm tercinta aku masuk, faizal cakap YESS! KASUT CIKGU NI BAGUS! KASUT CIKGU TAK BUAT BISING! Yaa, kesimpulannya para guru perlu memakai kasut yang flat serta tidak berbunyi demi masa depan anak murid anda semua !

Minggu depan start periksa subjek yang gila gaban aku tak suka ya iaitu FIZIK! Aku tak tahulah nak hentam apa nanti masa jawab paper tu. Ada idea tak?! Kau tahu, kalau hentam pun kena guna jawapan yang terer baru orang pandang tinggi walaupun kau hentam.

Nota / aku suka minggu exam sebab balik awal tapi aku lagi suka pergi sekolah tanpa belajar tanpa exam dan balik awal , terasa bagaikan di syurga yaa ~

2 comments:

nairaariaa said...

haha...menganggu ketenteraman btol high hill ckgu nie...adei...da la org tgh berdebar n bz...huu~

cik aletheea : said...

tajam sungguh kasut itu ....