Pages

Monday, February 13, 2012

Buli? Lawan balik.

Adakah anda sering kali dipanggil-panggil oleh rakan anda dan mereka meminta anda melakukan perkara yang remeh temeh seperti membeli makanan di kantin, mengutip barang yang jatuh,memadamkan kesalahan yang mereka lakukan di buku,membawakan buku mereka dan pelbagai jenis perkara lagi. Kita bukan bercerita tentang anda yang baik hati yang melakukan semua perkara diatas secara sukarela. Tetapi saya sedang bercerita tentang bahawa anda telah dibuli tanpa anda sedar jika anda melakukan perkara perkara tersebut di luar kehendak anda tanpa anda sedar.



Adakah anda sering dimarahi tanpa sebab oleh teman teman yang lain? Adakah anda seorang yang bejiwa lembut dan senang menerima sahaja apa sahaja yang diperkatakan oleh orang lain tanpa mengetahui bahawa ia benar atau tipu belaka? Adakah anda juga mudah mempercayai bulat-bulat apa yang diceritakan teman teman anda? Salah satu sifat yang boleh 'dibanggakan' yang ada pada manusia, menipu. Dan adakah anda kadangkala turut disuruh diam apabila mahu membuka mulut mengatakan sesuatu?


Ya, anda berkemungkinan dibuli. Sedar atau tidak, rela atau tidak, itulah kenyataan yang anda teleh sedikit sebanyak dibuli. Buli kategori ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh mencederakan, tetapi ia sedikit sebanyak mengakis rasa keyakinan diri. Si'dibuli' tidak mampu KATAKAN TIDAK kepada si'pembuli' yang juga kawannya yang tidak sedar telah membuli --' Si 'dibuli' juga akan menurut apa sahaja arahan yang diberikan tanpa banyak soal kerana si 'dibuli' sudah terbiasa dengan arahan si 'pembuli' yang suka hati mak bapakk dia je mengarah-arahkan orang. Kalau tidak di kelas anda pun, lihat sekeliling anda. Pasti, anda akan jumpa mereka yang membuli dan dibuli.

Prinsip pengakap - Hidup jangan menyusahkan orang lain-

Kan kita ni manusia yang berakal, kenapa nak mengarah-arahkan orang lain sesuka hati dan pentingkan diri sendiri. Cuba kalau kau ada kat tempat dia, mesti satu hari kau akan terikir, kenapa aku yang selalu kena buat itu ini. Mentang mentanglah dia ikut cakap kau, suka hati kau aje kan. Allah dah bagi akal, apa kata selesaikan benda-benda 'bodoh' tu sendiri.

Even nak mintak tolong pun, guna ayat dengan intonasi yang betul. Bukan ayat yang bunyi seperti mengarah.


Contoh : Tolong amibikkan buku aku yang terjatuh tu. Terima kasih.
Bukan : Weh, kutip buku aku yang jatuh tuh. Cepat sikit.

Buka ke elok cakap baik-baik? Orang dah tolong, ringankan mulut tu ucap terima kasih. Jangan nak kedekut sangatlah air liur tu. Kan senang? Benda yang telalu mudah. Manusia zaman ni dah berubah, benda-benda 'bodoh' macam ni pun kena ajar lagi. Masing masing fikir hal diri sendiri, fikir bagus sangat nak mengarah-arahkan orang tapi adab sopan tak ada.

Jadi manusia kena bertimbang rasa pada yang lain. Kalau tak macam mana kita nak jadi pemimpin yang bagus kepada junior junior kita kalau kita sendiri kekurangan nilai nilai murni dalam diri kita. Sama sama kita belajar dari kesilapan.


Salam kembali, Duffy :)

0 comments: