Wah , ada yang dah mula berpeluh takut belog dia gua tak suka .
Ceh , perasan betul . Siapalah gua kan nak suka blog orang ke tak enn .
Tapi kali ney , gua bukan nak listkan link belog yang gua tak suka .
Gua cuma nak terangkan ciri ciri belog yang gua tak suka .
Mungkin ada yang sependapat dengan gua kan . Siapa tahu ?
Belog yang pasang music auto-play .
Gua tak suka gilaa beruk belog yang pasang music auto-play . Memekak woi ! Diam diam ! Walaupun dulu gua pasang music auto-play jugak , tapi gua dah bertaubat . Sumpah tak buat lagi dah . HUHA . Dulu gua tak tahu apa perasaan pelawat belog gua bila lagu dalam belog gua dah mula memekak . Sebab tu gua takpaham bahasa letak lagu auto-play . Jadi kalau nak pasang jugak , letak lagu tu kat area atas atas blog supaya mudah gua nak tekan butang pause . KAHKAH
Tak ada box followers .
Hah , memang lu mintak penyepak kalau belog lu tak ada box followers . Bagi yang guna classic template tu , tak tahu macam mana nak buat box followers tu . Boleh picit sini
Tutorial Widget Followers . Kan susah orang nak follow kalau tak ada box followers . Kalau tetap tak nak pakai box followers , lu boleh pakai navigation bar .
Loading lembab gilaa memang mintak terajang !
Tsk tsk tsk . Menyusahkan orang tahu bila nak buka belog yang loading lembab nak mampus . Rasa nak gigit je tuan tanah . Tahu apa yang menyebabkan belog loading slow ? Hah , tu maknanya belog lu berat dengan saiz gambar yang besar berformatkan jpg dan widget yang menyemakkan belog . Bagi bloggers yang rasa belog dia berat , boleh buang apa yang tak perlu okey . Untuk informasi lebih lanjut , sila ke blog sifu gua untuk
timbang berat belog .
Gua rasa tu jee kot . Nak tulis lebih lebih gua malas . Penat dowh nak taip panjang panjang . Akhir sekali , gua cume nak cakap jentik laa nuffnang gua . Gua tengah sakai neyy , lagipun gua excited nak cash out woi . Aww aww .