Pages

Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

Budak Lelaki Pemalas .



Ada apa pada rupa kalau perangai sebijik macam setan ?
Muka kalau handsome macam Aoran Aziz pun ,
tapi tak guna sesen pun tak guna tahu ?
Lainlah , kalau yang hodoh gilaa gilaa tu tapi tetap tak boleh pakai jugak .
Itu diorang punya pasallah .







Bukan senang tahu nak tengok gua membebel pasal lelaki ? Percuma pulak tu . Actually , gua memang tak suka betul dengan sesetengah classmate lelaki gua . Buruk perangai tau tak diorang ni ? Dipendekkan cerita , macam macam perangai laah ada . Yang pemalas , yang bangang , yang macam kena sawan dan sewaktu dengannya semua ada .



Cuba bayangkan , ada cikgu mata pelajaran lu masuk kelas dengan mood riang gembiranya then tetiba dia marah sebab ada budak lelaki yang tak siap homework yang dia bagi . Dah la , bukan senang nak tengok mood cikgu tu baik , ni bila mood dia baik , lu pergi buat hal pulak . Geram tau tak beruang hutan woi !



Bukan cikgu marah sorang dua je tahu ? Tapi satu kelas kena hukum . Dah tu satu kelas kena tadah telinga , semua yang buruk buruk kena ungkit . Lagi lagi kalau mulut cikgu tu leser habis . Peh , memang perit dengar apa yang dia cakap. Sekarang , berpunca daripada siapa ? Dari budak lelaki yang pemalas kan ? Hey , sabar jelah . Agak agak kan , bila dah kena bebel lu ingat gua ada mood nak belajar ke ? Habis terbang melayang nafsu belajar gua . Budak lelaki memang suka buat masalah !








Gua nak tegaskan kat sini , classmate perempuan gua rajin rajin tahu ? 100% dijamin . Tak ada seorang pun yang pemalas macam budak lelaki yang tongong tu . Diorang ni harap je muka boleh tahan , tapi pemalas nauzubillah . At least , gua bersyukur laa jugak sebab tak semua yang buruk perangainya walaupun sebenarnya gua memang marah habis bila jadi macam ni . Apa diorang ni tak rasa bersalah ke tak buat homework ? Naseb baik , gua ni perempuan . Hish , kalau lah gua lelaki memang dah lama jadi arwah dah diorang ni .



Kesimpulannya kat sini , jangan lah malas buat homework okey wahai cik abang sekalian ? Kan kita nak PMR , alahai sedarlah diri sikit wei . Sebab nila setitik , rosak susu sebelanga . Bila kita tak buat homework , for sure lah cikgu naik angin kan ? Kalau cikgu dah naik angin dengan kita , hah macam mana nak dapat berkat dari cikgu ? Lu pikir laa sendiri .



Sunday, July 12, 2009

LELAKI .


L : LAGAK

  • Lelaki adalah kaum yang dilahirkan dengan LAGAK dan penuh gaya. Mudahnya, lelaki suka menonjolkan dirinya di khalayak sebagai seorang yang hebat dan istimewa berbanding kaum hawa yang selalunya lebih low-profile. If you all tak percaya, cuba you all cuba lihat kekawan lelaki sekeliling you all. Lelaki sejati sememangnya eksen!

E : EGO

  • Lelaki merupakan kaum yang EGO. Dah puas ngan lagak, kita criter bab yang memang tak silap lagi milik lelaki. Keegoan yang tinggi hadir dalam jiwa lelaki kerana sifat semula jadi lelaki yang ingin dilihat sebagai hebat dan berbeza. Jangan marah kalau si lelaki ego kerana itulah lelaki beb!

L : LEMAH

  • Lelaki nampak macam hebat tetapi LEMAH pada kaum Hawa. Ini dah memang jadi fakta dalam diari kehidupan. Fasal itulah selalunya insan yang berpasangan memang risau bila si lelaki mula rambang mata dengan si jelita di sekeliling yang ada. Kaum Hawa bukan setakat mampu memporakperandakan dunia lelaki, tetapi lelaki pun boleh diperhambakan kaum Hawa jika keadaan memaksa. You all pikirlah sendiri...

A : AZAM


  • Lelaki adalah kaum yang penuh AZAM dalam kehidupan. Tak kisah daripada segi apa tapi lelaki memang penuh dengan keazaman. Tiap awal tahun diari tahunan dah penuh dengan impian. Boleh dikatakan semua lelaki punya impian inginkan pasangan yang tercantik dan terhebat di mata ramai. Sifat ini wujud kerana lelaki itu punya LAGAK dan EGO yang tinggi. Tak mainla dapat awek yang kureng dari yang lain...ini ayat biasa pada lelaki...!

K : KASAR

  • Lelaki secara asasnya adalah seorang yang KASAR. Memang betul pun. Kalau dah namanyer lelaki dah pasti lebih kasar daripada pompuan. Pasal tu bila ada kaum Hawa yang lebih kasar ramai lelaki rasa geli geleman beb. Kot namanyer pompuan kenalah sifatnya lemah lembut dan feminin beb. Apa klas dapat awek yang kaki pukul dan berotot kental!!! Ngeri!

I : ILTIZAM

  • Lelaki adalah kaum yang punya ILTIZAM dalam kehidupan. Maksudnya lelaki punya tekad yang hebat dalam mencapai impian. Ini sedikit berbeza daripada AZAM kerana ILTIZAM disertai dengan tindakan dengan tekad yang tinggi. Ramai lelaki mencorakkan kehidupan dengan ILTIZAM yang terhebat agar pencapaiannya berbaloi untuk dibanggakan bagi memenuhi LAGAK dan EGO diri. Tak percaya, lihat keliling dan nilaikan.

Sunday, June 21, 2009

LELAKI reti BADMOOD ke ?

LELAKI reti BADMOOD ke ?



hugs. Pictures, Images and Photos
Korang ada kawan baik lelaki ?
Ada balak ?
Kuat BADMOOD tak diorang ?
Biasa apa masalah orang lelaki yang sampai boleh
buat dia badmood berhari-hari lamanya ?


Cinta ? Duit ? Family ? Kawan2 ?
Orang yang dia minat ? Disiplin dengan cikgu ?
Exam ? Homework ? Folio ?
Kucing hilang ?
Adik kuat melalak ?
Mak kuat membebel ?
Atau blablabla .


Apekes la kawan aku sorang ni .
Dok kat kelas marah2 pas uh diam semacam cam orang nak mati .
Bile tnye sket die akan jawab So Nak Fight Ar ?
Ciss . Stupid buffolo betol la mamat ni .
Orang tengah prihatin .
Dia wat muke siput babi die tuh .
Aku sepak laju2 karang .
Dah tu bile tnye sket smue bende rahsie .
Sahh .
Die ni da pandai meroyan .


Sikit pun tanak crite masalah die .
Macam la masalah kaw tu aku boleh jual .
Hmm takkan aku nak paksa die cerite pulak .
Dah pandai merajuk lak tu .
Tak rock la wey lau merajuk2 ni !
Haha .
ape yg boleh aku cakap hanyalah
LANTAK KAU LAH WOK .