Pages

Sunday, May 15, 2011

Event Hot! Digi Live K-POP 2AM!

Selamat petang! Aku yang masih bersarungkan baju sekolah menaip entri untuk hari ini dengan riang gembira sekali sambil berdendangkan lagu Heart to heart nyanyian 4 Minute! Aku peminat tegar KPOP! I LOIKE <3

Ni nak cerita ni, cecite cecite. Jeng jeng jeng. Tadi aku bukak laman web era.fm untuk tengok carta A-pop era, lepastu kan aku nampak benda kuning versi banner dekat sidebar laman web era.fm. Nak tau apa aku jumpa! Hah tak payah ngahde ngahde nak teka, mesti kau dah tahu kan, yelah dah jelas jelas terpampang kat tajuk atas tu kan.

Weh gila weh, 2AM nak datang Malaysia. Tapi kenapa 2AM, aku sukakan 2AM tetapi
aku cintakan 2PM
Apa yang kau kena tahu pasal event ni ialah cara cara mendapat tiket! Bagus, memang bagus ! Digi buat event ni 21 Mei iaitu masa yang sangat bijak untuk lepaskan tekanan selepas periksa yang gila gaban membuat rambut aku semua nak gugur. Kalau rambut aku gugur, bak kata wahida pulak bulu ketiak gugur. Haha seghabai aku ni mention bulu ketiak dalam blog =.=''


Event : DiGi Live KPOP 2AM
Masa : 6 petang, 21 Mei 2011
Tempat : Wisma MCA, Jalan Ampang 

Nak tahu macam nak dapat tiket?
Apa yang kau cuma perlu buat cuma skrol ke bawah dan baca sendiri!
Adehh penat besor kecikkan gambar bawah ni tapi dia tak muat, hah pandai pandai lah ye tekan untuk pembesaran berkali-kali ganda. Karang terjojol pulak mata kalau baca tak besarkan. Selain tu ada jugak information lain yang korang kena tahu, untuk pas showcase.


Kalau nak tahu, 2AM ni merupakan salah satu boy band dari Korea yang super best! 2AM ni lain dari yang lain, dia tak macam boy band yang selalu kau tengok. Selalu kau tengok boy band yang menari gila super menawan hati wanita kau tu kan *macam aku laa tu. Kekkeeke. 2AM ni kumpulan ballad, bukan menari ballad tu haih cepukk kang. Diorang kumpulan yang nyanyi lagu mendayu-dayu dan sangat sangat menyentuh hati wanita kau tu kan *aku pun kekkeakek. Cubalah dengar lagu diorang macam lagu I did wrong, Even I die I can't go away dan You wouldn't anwer my call. Aku gerenti gila kau akan suka, believe me. Believe!




Ahli kumpulan 2AM pun tak ramai, cuma 4 orang aje. Tapi kan, kenapa DiGi bawak 2AM je kan. Alang-alang nak buad showcase, bawaklah 2PM sekali. Uwaaa. Kenapa tak bawak 2PM. Kesian 2PM, tercicir agaknya kan. Ish ish.



'' Ada sesiapa datin atau datuk mahupun anak raja yang
mahu terbangkan kami dari Korea untuk cik fadie?
Saranghaeyo Cik Fadie ~''

Friday, May 6, 2011

Kasut tinggi cikgu sejarah.

Sejak hari Selasa minggu ni aku ghase la aku start exam, eh betullah kan sebab Isnin cuti. Eh takisahlah, tapi entri ni khas untuk cikgu sejarah aku yang mana aku terlalu sukaa sangat =.='' * nada mengeram.

Ni nak cerita pasal dia tetiba aku terbayang saat di mengajar sejarah di kelas aku, 4 al-rushd. Kebiasaannya masa sejarah sebelum rehat dimana aku akan tersangat lapar. Dan dalam seminggu tu cuma 2 kali je dia masuk, waktu yang aku cakap tadi dengan masa akhir dimana aku akan terbayang terlentang di atas katil dan menikmati kenikmatan tidur lepass penat pergi sekolah!

Actually, cikgu sejarah aku ni India, dia ni perempuan yang kira cantik gila sebab dia ni cikgu yang pandai berfesyen kalau nak dicomparekan dengan cikgu india lain. Kalau kau nak tahu dia ni jenis cikgu india yang jenis cantik macam model dan yang paling penting dia cakap serupa macam Altimet rap. Hah memang gila seghupaa sama macam Altimet rap dan macam tulah cara dia mengajar kitorang sejarah. Gila tak gila kann, bayangkan.


'' hai saya altimet, mahu belajar rap? 
belajarlah dengan cikgu sejarah cik fadie ''

Kalau cara dia bercakap masa mengajar seghupa macam rap, cara dia mengajar jangan cakaplah, haramm aku nak tumpukan perhatian. Tahu apa yang jadi pada buku modul sejarah Tingkatan 4 aku?! Semuanya penuh dengan lukisan doodle! Yee I LOIKE. Bukan nak mengata apa lagi nak memburukkan cikgu sejarah aku tapi cara dia mengajar tak menarik minat aku.

Sumpahh aku cintakan sejarah masa form 3 dulu 
tapi sekarang sejarah umpama musuh yang 
aku akan bunuh dengan kejam !


Tu baru mukadimah ye, ya famous cikgu sejarah aku masuk blog =.='' Aku pun famous nanti sebab dia tahu aku tak suka belajar dengan dia >.< Okey tolonglahhh mulaa fadie oii cerita pasal kasut tinggi cikgu sejarah, Hah yelahh hamba nak cerita laa ni , apee kamu ni tak sabo bebeno. Tadi ada exam agama kertas 2, tak silap aku 1 jam 30 minit, then waktu tu dia masuk untuk kelas moral, tiba tibaa kedengaran bunyi kasut tinggi yang sangat kuat berbunyi seperti ini ketaappp, ketappp, dan ketappppp !

Pehh aku dah la tengah periksa , classmate aku pun tengah periksa, dah lah masing masing tangan tengah lenguh dia buat selamba atuk laki jiran mak dia je jalan pusing pusing macam kanak kanak sambil kasut tinggi dia berbunyi macam mintak penampar dari kami 1 kelas ! Then faizal sound dia CIKGU! KASUT CIKGU TU BISINGLAH ! Tahu apa reaksi dia? Tak ada apa apa reaksi. Bagus kan? Bagus punya cikgu. =.=''

Then bila cikgu bm tercinta aku masuk, faizal cakap YESS! KASUT CIKGU NI BAGUS! KASUT CIKGU TAK BUAT BISING! Yaa, kesimpulannya para guru perlu memakai kasut yang flat serta tidak berbunyi demi masa depan anak murid anda semua !

Minggu depan start periksa subjek yang gila gaban aku tak suka ya iaitu FIZIK! Aku tak tahulah nak hentam apa nanti masa jawab paper tu. Ada idea tak?! Kau tahu, kalau hentam pun kena guna jawapan yang terer baru orang pandang tinggi walaupun kau hentam.

Nota / aku suka minggu exam sebab balik awal tapi aku lagi suka pergi sekolah tanpa belajar tanpa exam dan balik awal , terasa bagaikan di syurga yaa ~