Pages

Wednesday, March 3, 2010

Kesian Aku Rabun




Taraaa. Pon poonn. Aku kembali. Baru hari ni aku dapat update belog. Pagi, sibuk dengan exam. Petang, sibuk dengan tidur plus makan. Malam, sibuk dengan online. Tengah malam, sibuk dengan study. Tak kuasa aku nak malas malas tahun ni. Eceh ceh, boleh percaya ke budak ni.






Letih kepala otak bila exam ni. Asyik nak tetidur je bila dah habis jawab. Tambah tambah lagi, bila part jawab paper science dan mathematics. Sumpah, aku benci. Kalau aku boleh pilih subjek untuk PMR, memang sah sah aku tak pilih science dan mathematics. Sebab apa? Sebab aku tak minat. Sikit pun tak.





Semalam, hari rabu aku dapat cermin mata baru. Yeye, suka suka. Actually, dah order khamis minggu lepas. Tapi baru semalam aku ambik. Eh eh, kau tak tahu ke mata aku ni gila teruk rabun? Kesian, tak tahu ye? Tak apa, tak apa. Biar aku story asal usul bila aku rabun ni.





Seingat aku, masa aku mula mula pakai cermin mata masa tu aku budak sekolah rendah lagi. Dalam darjah 5. Ish ish, kecik kecik dah nak buta. T________________T Makin lama, rabun aku makin teruk sebab hari ni aku pakai cermin matanya, esok aku campak cermin mata tu merata rata tah kemana. Buruk perangai budak ni kan.






Dari situ, aku hanya pakai cermin mata di rumah sahaja sebab power rabun aku dah up gila. Jadi, apa guna aku pakai cermin mata kalau aku tetap tak nampak apa apa dengan jelas? Di sebabkan tu jugalah, study aku makin lama makin merudum. So far, aku dah ada 3 koleksi cermin mata. Heh, tak pasal pasal ada 6 mata pakai buang.





Masa form 1, dapat kelas pertama. Form 2 pulak, turun ke kelas kedua. Akhir tahun form 2, ada re-shuffle semula kelas. Papp, aku jatuh menjunam kelas ke 4. Nasib baik, masa form 3 aku dapat naik kelas semula. Nampak tu? Inilah akibatnya jika mata kau ada masalah sebijik macam aku.





Bukan aku taknak pakai cermin mata tu, tapi aku tak selesa pakai cermin mata dengan tudung sekolah. Lagipun, rimas tahu pakai cermin mata ni? Kau tak rabun, apa kau tahu pasal rimas semua ni?






Tauke Cina yang check mata aku ni cakap, rabun aku dah terover over. Dia nasihatkan aku kurangkan menghadap komputer dan jaga mata aku. Lepas tu, adek aku siap cakap “ Yeye, kakak dah nak buta.”. Budak ni memang nak kena libas dengan aku. Ada ke patut dia cakap macam tu. Tak patut. Tak patut.





Macam mana nak ada mata yang sihat? Makan sayur sayuran? Oh tidak. Tidak sama sekali. Erk, esok ada exam lagi. Jumaat ada Sambutan Maulidur Rasul kat sekolah. Sabtu pulak ada Kursus Kempimpinan Pengawas 2010 , dah tu Ahad pulak ada Prebiu Program Motivasi IQ Pintar. Mati aku kalau tiap tiap minggu macam ni.





2 comments:

Husna AOmar said...

hihi sama la kita sis oit.
rabun gakkk. stat pakai form 1

ha ah siryess tak best pakai spek. rimas . T__T rasa macamm ada benda kat celah hidung hahaha

tp siryess sis pakai lawaa lah. smart sangat !

hahh power bape ? ekekek

lamaaa sangat tak cek power. ntah bape dah skang. T__T

Cik Fadie. said...

husna :

HAHA,
tau takpee,
dah tu rasa hodoh gilaa.

HEHE,
thankyou bebeh.

power dalam 250++.
heee, tak lama lagi buta lah tuu.
:P